pep.zone
Welcome, guest. You are not logged in.
Log in or join for free!
 
Stay logged in
Forgot login details?

Login
Stay logged in

For free!
Get started!

Text page


full house ost - Newest pictures Man Woman
gombongnet.pep.zone

Tentang drama korea"FULL HOUSE"

Halaman ini aku persembahkan buat Jeandri di Gombong

Tajuk Drama : Full House
OST : Oon Myung - Why
Negara : Korea
Penterjemah : Haylena [Wartawan Hiburan & Penterjemah Portal Tokeikedai Online]
E-mail : hayley@tokeikedai.net.my

Sembang Mengenai Drama ini :

# Para pelakon: Song Hae Gyo - Han Ji Eun
# Jung Ji Hoon - Lee Young Jae
# Han Eun Jung - Kang Hae Won
# Kim Sung Soo - Yoo Min Hyuk



Watak-Watak Utama:

*Han Ji-Eun
Ji Eun adalah seorang penulis novel persendirian. Dia tinggal di sebuah rumah yang dipanggil FULLHOUSE. Fullhouse adalah rumah peninggalan ayahnya. Kedua-dua ibubapa Ji Eun telah meninggal dunia. Ji Eun terpaksa berkahwin dengan Young Jae semata-mata untuk terus tinggal di FullHouse setelah FullHouse dijual kepada Young Jae oleh sahabatnya sendiri dengan cara menipu. Walaupun Ji Eun berkahwin dengan Young Jae dengan cara kontrak, dalam hati dia menaruh hati terhadap Young Jae. Dia menjadi sedih bila Young Jae selalu melayannya dengan kasar dan bila Young Jae lebih mengambil berat tentang Hae Won.

*Lee Young Jae
Young Jae adalah seorang pelakon yang popular di Korea. Hidupnya berubah setelah dia berjumpa dengan Ji Eun. Dia berkahwin dengan Ji Eun demi menutup gosip yang sering melandanya lebih-lebih lagi bila dia mengetahui yang Ji Eun berkeras mahu mengambil semula FullHouse. Tetapi, cinta Young Jae hanya pada Hae Won walaupun dia tahu hakikat Hae Won lebih mencintai Ming Hyuk. Namun lama-kelamaan Young Jae mula menaruh hati terhadap Ji Eun. Oleh kerana egonya tinggi, Young Jae tidak mahu menunjukkan perasaannya, malah terus menerus melayan Ji Eun dengan buruk. Dia juga berasa sakit hati bila mengetahui yang Ming Hyuk juga ingin memiliki Ji Eun.

*Kang Hae Won
Hae Won adalah rakan sepermainan Young Jae sejak kecil. Dia sangat menaruh hati pada Ming Hyuk tanpa menyedari yang sebenarnya Young Jae sangat mencintainya. Setelah Young Jae berkahwin dengan Ji Eun, barulah dia sedar yang sebenarnya dia lebih memerlukan Young Jae. Dia ingin mendapatkan semula cinta Young Jae, lebih-lebih lagi bila dia mengetahui yang perkahwinan antara Young Jae dan Ji Eun adalah atas dasar kontrak.

*Yoo Ming Hyuk
Ming Hyuk adalah seorang lelaki yang hidupnya suka berfoya-foya, namun mempunyai kehidupan yang stabil dan adalah pemilik syarikat penerbitan yang besar. Dia tahu dirinya diminati oleh Hae Won, namun menolak cinta Hae Won kerana dia tahu Young Jae lebih mencintai Hae Won. Menyedari dirinya umpama saingan bagi Young Jae, dia cuba merapatkan dirinya dengan Ji Eun. Dia kemudian bertekad ingin memiliki Ji Eun setelah mengetahui tentang perkahwinan kontrak tersebut.

SINOPSIS FULL HOUSE EP.01-16

EPISOD 1

Semasa Ji Eun sedang menulis di rumah, dia menerima panggilan dari kawannya (Dong Wook dan Hwee Jin) yang mengatakan dia telah memenangi tiket percuma ke Shanghai. Ji Eun berasa ragu-ragu pada mulanya tetapi akhirnya menerima tawaran tersebut kerana dia sangat mempercayai kawannya itu. Ji Eun yang jujur itu tak sedar yang sebenarnya dia ditipu oleh sahabat sendiri. Dalam kapal terbang, Ji Eun duduk bersebelahan dengan Young Jae, seorang pelakon popular Korea. Semasa dalam penerbangan, Ji Eun tiba-tiba mabuk kapal dan muntah ke atas baju Young Jae. Young Jae berasa sangat marah lalu meninggalkan bajunya dalam kapal terbang. Setiba di Shanghai, tanpa ada duit yang mencukupi, Ji Eun terpaksa berdikari mencari hotel yang sepatutnya telah ditempah untuknya. Setelah tiba di hotel dan mengetahui yang tiada tempahan hotel dibuat, dia telah ditolong oleh seorang pemuda Korea, Ming Hyuk, yang kebetulan berada di situ. Ji Eun berusaha menghubungi Dong Wook di Korea tetapi panggilan tidak diangkat. Ji Eun berasa susah hati memandangkan dia tiada bekalan duit yang mencukupi untuk bayaran hotel dan makan minum. Manakala Young Jae pula berasa susah hati dengan kedatangan Ming Hyuk. Dia ingin menghubungi Hae Won tetapi membatalkan niatnya itu. Ji Eun yang menghadapi jalan buntu pula terpaksa membuat keputusan untuk meminjam duit Young Jae yang kebetulan mendiami hotel yang sama. Ji Eun yang bijak menipu Young Jae dengan mengatakan dia ialah kekasih Ming Hyuk.



EPISOD 2

Sekembali dari Shanghai, Ji Eun mendapati yang rumahnya telah dijual oleh Dong Wook dan Hwee Jin kepada Young Jae. Ji Eun merayu pada Young Jae supaya memulangkan rumah itu kepadanya, tetapi telah dihalau oleh Young Jae. Ji Eun menangis bila mendapati gambarnya dengan keluarganya telah pecah. Ji Eun enggan pergi dari situ dan tidur di luar rumah sehingga demam. Young Jae terpaksa menjaganya dan terbaca diari Ji Eun yang mengatakan ayahnya telah meninggal dunia pada 19 haribulan. Apabila Ji Eun telah sembuh, Young Jae memberinya wang untuk mencari tempat tinggal lain. Tetapi melihat yang Ji Eun tiada tempat untuk dituju, Young Jae terpaksa membenarkannya tinggal di rumah tersebut dengan syarat dia harus berkerja di rumah itu untuk membayar duit yang dipinjamnya semasa berada di Shanghai dulu. Mahu tak mahu, Ji Eun terpaksa menurut. Keesokannya, Ji Eun pergi ke hospital apabila mengetahui yang Dong Wook dan Hwee Jin berada di situ. Manakala Young Jae pula berada di restoran untuk melamar Hae Won. Tiba-tiba Hae Won mendapat panggilan daripada Ming Hyuk lalu pergi dari situ. Young Jae berasa sakit hati setelah mengetahui hakikat yang Hae Won menaruh hati kepada Ming Hyuk. Semasa membersihkan rumah, Ji Eun ternampak jemputan untuk Young Jae ke majlis yang dihadiri oleh ramai selebriti. Ji Eun ingin ikut serta kerana dia ingin memperkenalkan hasil tulisannya kepada sesiapa yang berminat. Di majlis tersebut, Hae Won memberitahu Ming Hyuk yang dia sangat mencintainya. Tetapi Ming Hyuk menolak kerana dia tahu Young Jae mencintai Hae Won. Apabila Hae Won bertanya kepada Young Jae samada dia betul-betul mencintainya, Young Jae pula menjawab yang dia mencintai Ji Eun yang ketika itu berada di situ lalu menciumnya, di hadapan wartawan-wartawan yang hadir (part ni sah dipotong 8TV :).



EPISOD 3

Lamaran mengejut Young Jae terhadap Ji Eun telah menggemparkan pihak media. Ji Eun sangat terkejut dengan lamaran tersebut lebih-lebih lagi bila Young Jae mengatakan yang Ji Eun boleh tinggal di FullHouse selepas kahwin. Kawannya yang telah menipunya dulu ingin bertemu dengan Ji Eun. Bukan itu saja, malah ibubapa Young Jae ingin bertemu dengan Ji Eun. Ji Eun sangat terkejut dengan perjumpaan dengan ibubapa Young Jae, namun sebenarnya ibubapa Young Jae tidak berapa suka dengan Ji Eun. Ji Eun kemudian bertengkar dengan Young Jae lalu mengemas barang untuk keluar dari FullHouse.



EPISOD 4

Perkahwinan kontrak telah berlangsung di antara Ji Eun dan Young Jae. Pihak media dan orang luar fikir yang perkahwinan tersebut adalah atas dasar cinta, tetapi sebenarnya adalah pada kontrak dan perjanjian. Setelah pulang dari bulanmadu, Ji Eun mendapat panggilan daripada syarikat yang mengatakan berminat terhadap novelnya. Ji Eun berasa sakit hati apabila mengetahui yang syarikat tersebut sebenarnya lebih beminat terhadap gossip tentang Young Jae. Ji Eun kembali ke FullHouse dan menemui cincin yang dibuang oleh Young Jae. Ji Eun dan Young Jae kemudian bertengkar, dan Young Jae telah menghalaunya keluar. Hebohlah media massa membuat liputan tentang perceraian Young Jae dan Ji Eun. Manakala Young Jae pula bertemu dengan Hae Won dan Hae Won memberitahunya supaya mengingatinya sebagai orang penting dalan hatinya.



EPISOD 5

Emak dan nenek Young Jae melawat FullHouse. Mereka memarahi Ji Eun kerana dia tidak melawati mereka. Ji Eun meminta maaf kerana dia terlupa. Kemudian nenek Young Jae menyuruh Ji Eun tinggal bersama mereka dan ini membuatkan Ji Eun susah hati. Semasa makan malam, Ji Eun memberitahu perkara tersebut kepada Young Jae. Young Jae terpaksa pergi untuk memberitahu neneknya yang mereka tidak boleh tinggal bersama keluarga di sana. Sebelum pergi, Young Jae memberitahu Ji Eun yang neneknya adalah seorang yang baik tetapi tidak ayahnya. Namun hakikatnya, ayah Young Jae adalah seorang yang baik tetapi neneknya adalah seorang yang menakutkan. Selepas pulang dari melawat nenek Young Jae, sekali lagi mereka bertengkar namun segalanya reda setelah Young Jae membelinya aiskrim.



EPISOD 6

Semasa melawat Hae Won di hospital, Ji Eun perasan yang Young Jae sangat mengambil berat tentang Hae Won. Ji Eun bertanya Young Jae tentang hubungannya dengan Hae Won. Young Jae cuma menjelaskan yang mereka hanya rakan sepermainan sewaktu kecil. Sewaktu ingin masuk tidur, Ji Eun mendapati Young Jae telah pergi keluar rumah. Bila Young Jae pulang, Ji Eun bertanya ke mana dia telah pergi. Young Jae menjawab yang dia pergi menemani Hae Won di hospital Ji Eun bertanya kenapa dia membeli FullHouse. Young Jae menjawab dia ingin tinggal di situ untuk bersama dengan orang yang dicintainya sehingga dia mati. Ji Eun ingin menggembirakan hati Young Jae tetapi Young Jae memarahinya. Keesokkan paginya Ji Eun mendapati yang Young Jae sedang menyediakan sarapan pagi. Ji Eun menyangkakan sarapan itu untuknya, tetapi rupa-rupanya untuk Hae Won. Ji Eun membawa makanan itu ke hospital untuk Hae Won. Hae Won menerangkan kepada Ji Eun yang antara dia dan Young Jae hanya kawan. Semasa Hae Won keluar hospital, mereka terjumpa emak Young Jae. Ji Eun berasa tersisih apabila melihat emak Young Jae melayan Hae Won dengan baik. Di masa lain, Young Jae menemui Hae Won lagi dan tertinggal cincin perkahwinannya di situ. Ji Eun menjadi marah kerana cincin perkahwinan mereka telah hilang dan ingin keluar dari FullHouse. Ji Eun menemui Ming Hyuk untuk berbincang tentang novelnya manakala Young Jae menunggunya. Young Jae terpaksa pergi ke kedai barang kemas untuk mencari cincin yang serupa.



EPISOD 7

Ji Eun dan Young Jae mula menyukai antara satu sama lain dalam diam tetapi mereka menyembunyikan perasaan masing-masing dan sering bertengkar. Manakala Hae Won yang selama ini fikir yang dia mencintai Ming Hyuk kemudiannya menyedari yang dia sebenarnya mencintai Young Jae. Manakala Ji Eun dan Young Jae pula menghabiskan masa bergembira bersama dengan keluarga Young Jae.



EPISOD 8

Dong Wook, kawan Ji Eun menjadi pengurus Young Jae. Hae Won pula tidak dapat melupakan Young Jae. Oleh kerana itu pihak media menyangkakan yang mereka masih bercinta. Untuk menghentikan semua itu, Young Jae dan Ji Eun terpaksa buat interview dengan pihak wartawan di rumah mereka. Young Jae dan Ji Eun terpaksa bekerjasama dan bertengar lagi. Namun dalam hati, mereka sebenarnya menaruh perasaan. Manakala Ming Hyuk kelihatan meluangkan banyak masa untuk Ji Eun. Young Jae terpaksa menghalang Ji Eun dari rapat dengan Ming Hyuk kerana dia tahu perangai Ming Hyuk yang sebenar.



EPISOD 9

Ming Hyuk memberitahu Ji Eun yang dia menyukainya, walaupun ...


This page:




Help/FAQ | Terms | Imprint
Home People Pictures Videos Sites Blogs Chat
Top
.